Allah Jadikan Setiap Sesuatu Itu Pasti Ada Hikmahnya
Thursday, October 20, 2011
JANGANLAH KELIRU
YANG LAIN PULA ADA YANG BERPANGKU TANGAN, TIDAK MELAKUKAN SEBARANG USAHA ATAU IKHTIAR, SAMBIL MENGATAKAN BAHAWA REZEKI ITU BERADA DI TANGAN ALLAH.
JANGANLAH KELIRU.....
ALLAH SWT TELAH MENJAMIN REZEKI UNTUK SEMUA MAKHLUK-NYA TANPA DAYA DAN UPAYA DARIPADANYA. DIA TELAH MEMERINTAHKAN AGAR MANUSIA BERTEBARAN DI MUKA BUMI UNTUK MENCARI REZEKI.
YA ALLAH...LIMPAHKAN KEPADAKU KESABARAN DAN KEMAMPUAN UNTUK REDHA TERHADAP KETENTUAN-MU YANG TIADA SEORANG JUAPUN MAMPU MENOLAKNYA.
YA ALLAH...LIMPAHKANLAH KEPADAKU KEBERANIAN DAN KEKUATAN UNTUK MENGUBAH APA YANG BOLEH DIUBAH.
YA ALLAH... LIMPAHKANLAH KEPADAKU KEJUJURAN DAN KEBIJAKSANAAN (HIKMAH) AGAR AKU MAMPU MEMBEZAKAN DI ANTARA YANG BENAR DENGAN YANG SALAH.
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Monday, June 20, 2011
BERSABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN
Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....
Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286
Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139
Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45
Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111
Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal. dicuri dari
-Surah At-Taubah ayat 129
Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12
Sunday, March 13, 2011
SIAPAKAH DIA ITU?
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Friday, March 11, 2011
SOLAT DHUHA
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
Wednesday, June 30, 2010
TIPS MURAH REZEKI
Berikut adalah beberapa tips utk murah rezeki:
BERSEDEKAH / BERINFAQ
"Orang yang pemurah (suka bersedekah, menderma, menolong orang) Allah SWT murahkan rezekinya. Berdasrkan ayat al-Quran:Ertinya "Perumpamaan mereka yang mendermakan harta bendanya di jalan Allah, ibarat menanam sebiji benih akan menumbuhkan tujuh pokok dan tiap-tiap pokok (membuahkan) seratus biji, dan Allah selalu melipat gandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki, dan Allah Maha Luas (anugerah-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah:261)
“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Saba`: 39)
Nabi SAW bersabda dalam riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.: “Allah Tabaraka wa Taala berfirman, “Wahai anak Adam!Berinfaqlah, niscaya Aku berinfaq (memberi rezeki) kepadamu.”
Imam an-Nawawi berkata, Firman Allah SWT dalam hadith ini adalah makna dari firman Allah SWT dalam al-Qur`an surah Saba` ayat 39 di atas.
MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR DAN TAUBAT
Salah satu sebab penting dan memudahkan datangnya rezeki adalah "istighfar" dan "taubat". Taubat adalah kembali kepada Allah SWT setelah melakukan perbuatan dosa. Dan istighfar adalah memohon perlindungan kepada Allah SWT dari dampak buruk dosa yang dilakukan. Yang dimaksudkan dengan taubat dan istighfar di sini bukan setakat ucapan tanpa bukti nyata perbuatan, sebab jika demikian maka ia bererti dusta. Taubat yang benar adalah taubat yang memberi kesan pada perbuatan pelakunya, inilah taubat pembuka pintu rezeki Allah SWT. Firman Allah SWT: "“Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Nuh: 10-12)
Amirul Mukminin Umar bin Khattab r.a. berpegang kepada ayat di atas manakala dia keluar meminta hujan, yang dilakukannya adalah beristighfar. Begitu pula al-Hasan al-Basri, ketika dia didatangi oleh tiga orang pengadu. Yang pertama mengadukan kekeringan, yang kedua mengadukan kesempitan hidup dan yang ketiga meminta doa agar dikurniai anak. Al-Hasan menjawab dengan satu jawapan, “Beristighfarlah.”
AMALKAN AYAT SERIBU DINAR:MEMILIKI SIFAT TAQWA DAN BERTAWAKKAL
Sifat taqwa adalah "menahan diri dari dosa" iaitu meninggalkan segala larangan. Imam An-Nawawi mendefinisikan taqwa dengan “Mentaati perintah dan laranganNya.” Maksudnya, menjaga diri dari kemurkaan dan azab Allah SWT. Dalil menunjukkan taqwa kunci murah rezeki: "Firman Allah S.w.t: "Ertinya: "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (At-Talaq:2-3)
Tawakkal pula adalah menyandarkan diri kepada Allah SWT yang diikuti dengan usaha maksimum dalam batas-batas yang dibolehkan, ia merupakan salah satu sebab yang dengannya Allah SWT membuka rezeki-Nya bagi hamba-hambaNya. Rasulullah SAW bersabda, “Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang.” [At-Tirmidzi]
Ayat seribu dinar ini perlu diamalkan, maknanya perlu kita berusaha menjadi orang yg bertaqwa dan bertawakkal. Kalau setakat gantung ayat di dinding rumah atau kedai, tidaklah sampai matlamatnya.
MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH
Ibadah disini dimaksudkan ibadah khusus seperti solat, baca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Perlu dingatkan bahawa bekerja untuk mencari rezeki juga adalah ibadah kepada Allah SWT. Maknanya, kita perlu memperuntukan waktu untuk beribadah(khusus) dalam kesibukan bekerja.
MENGERJAKAN IBADAH HAJI DAN UMRAH
Melaksanakannya adalah termasuk amalan yang Allah jadikan sebagai kunci pembuka rezeki. Rasulullah SAW bersabda: “Ikutilah antara haji dan umrah (perbanyaklah haji dan umrah), kerana keduanya menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana bara api menghilangkan kotoran besi, emas dan perak.” [An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Imam Ahmad dll dengan sanad sahih]
BERSILATURRAHIM
Dari Aisyah radhiyallahu anha dia berkata, "Rasulullah SAW telah bersabda, "Rahim itu digantung di 'Arsy, dia berkata, "Siapa yang menyambungku maka Allah menyambungnya dan siapa yang memutusku maka Allah memutusnya." [Bukhari dan Muslim]
Perlu diketahui, silatrrahim merupakan perbuatan baik yang membuahkan perbagai manfaat, di antaranya iaitu; silaturrahim menumbuhkan rasa kasih sayang dan penyebab masuk ke dalam syurga. Selain itu, silaturrahim juga merupakan sarana untuk memanjangkan umur dan sarana untuk meraih keluasan rizeki. Alangkah indahnya para kaum kerabat yang saling bersilaturrahim dan saling membantu satu dengan yang lainnya.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Siapa yang mahu dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturrahim.”
Dalam hadith ini Nabi saw menetapkan bahwa silaturrahim menghasilkan dua perkara: keluasan rezeki dan bertambahnya umur. Dari sini Imam al-Bukhari meletakkan bab untuk hadith di atas: “Bab orang yang dilapangkan rezekinya sebab silaturrahim.”
Silaturrahim mempunyai pengaruh besar dalam berkembangnya harta dan menepis kemiskinan dan kesulitan hidup bahkan orang-orang yang bermaksiat boleh juga berkembang hartanya disebabkan oleh silaturrahim. Ini adalah barokah silaturrahim. Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abu Bakrah bahwa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya ketaatan yang paling disegerakan pahalanya adalah silaturrahim. Bahkan hingga suatu keluarga yang ahli maksiat pun, harta mereka bisa berkembang dan jumlah mereka bertambah banyak jika mereka saling bersilaturrahim. Dan tidak ada suatu keluarga yang saling bersilaturrahim kemudian mereka memerlukan (perlu bantuan).” "Maknanya, jika kita amat menjaga silaturrahim, apabila kita ditimpa musibah, maka insyaAllah ada kaum kerabat atau rakan sahabat yg akan menolong dan membantu untuk meringankan bebanan kita. Jika kita selalu bermusuh dgn orang lain, siapakah yg mahu menolong kita semasa kita susah?
BERHIJRAH DI JALAN ALLAH
Ertinya, berhijrah di jalan Allah ialah keluar daripada kekufuran kepada jalan keimanan.
WaAllahu A'lam.
Ucapkan "Innalillahi wa'inna ilaihi roji'un"
Bila harga barang naik dan ramai yang panas baran, marah, tak puas hati dan macam-macam karenah dan tunjuk perasaan. Malangnya, berapa ramailah manusia yang mengucapkan “Innalillahiwa’inna ilaihiroji’un” apabila merasai kesusahan akibat daripada kenaikan harga barang? Inilah musibah! Setiap kali kita ditimpa musibah. Islam menganjurkan kita mengucapkan “Innalillahiwa’inna ilaihiroji’un”. Mengenai kalimah ini Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa daripada orang Islam yang ditimpa musibah lalu membaca apa yang disuruh oleh Allah iaitu: “Innalillahiwa’inna ilaihiroji’un” (dan berdoa) “Ya Allah, berikanlah pahala kepada ku terhadap musibah yang menimpa diri ku, dan gantikanlah bagi ku dengan yang baik daripadanya.” Maka Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” [Hadith sahih riwayat Imam Muslim 4/128]
Monday, June 28, 2010
Ketulusan Hati
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
oooo
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu