Allah Jadikan Setiap Sesuatu Itu Pasti Ada Hikmahnya

Thursday, May 20, 2010

Doa MAma Untuk Anak-Anak Tersayang


Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).


“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40)

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (41)

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).


“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (128)

Ada hadis rupanya psl sanggul tinggi


Sekarang ni orang terlampau fikir nak kelihatan cantik manis hingga tak sedar dalam pakai tudung itu pun mengundang dosa...(tertanya-tanya juga apasal sekarang banyak orang bersanggul????????)

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Tuesday, May 18, 2010

Kata-Kata Hikmah 1

Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seseorang tidak beriman hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.

Nabi Muhammad SAW

Jauhilah dengki, karena dengki memakan amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.

Nabi Muhammad SAW

Yang terbaik di antara kalian adalah mereka yang berakhlak paling mulia.

Nabi Muhammad SAW

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian.

Nabi Muhammad SAW

Sunday, May 9, 2010

Ibu..Kau Ratu Hati Kami



Selamat Hari Ibu pada emak tercinta....tiada yang lain. Hari ini jumpa mak kat kampung...sayunya menatap wajah emak yang dimamah usia..pelbagai rintangan yang telah mak lalui membesarkan anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam. Kini aku juga seorang emak dengan tiga orang anak yang dapat merasai 1001 rasa di dalam hati ....Emak selalu doakan anak-anaknya agar berjaya hidup di dunia dan akhirat....selalu ingin melihat anak-anak berjaya, bahagia dan segala kebaikan hanya untuk anak-anak...kini aku faham segalanya. Dalam doa tak pernah lepas agar "Allah mengasihi Emak dan Bapa sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kecil". Lantas ku juga selalu memohon agar "Allah jadikan anak-anak kami anak-anak yang soleh dan solehah. Ya Allah Kau berkatilah dan berikan mereka hidayah-Mu. Amin..."

Monday, May 3, 2010

Kek Cokelat....mudah disediakan untuk minum petang


Teringat masa pergi ke Sabah (Sandakan) untuk buat kajian lapangan satu ketika dulu. Setelah penat bekerja, salah seorang pembantu (kebetulan berasal dari Sandakan) ajak makan tengahari di rumah orang tuanya. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal lakunya. Kami dihidangkan dengan makanan yang enak-enak sekali. Namun ada satu dessert yang menambat hati. Rasa sungguh enak ba..Kek Cokelat. Lalu dengan rasa kurang segan silu, saya tanya tuan rumah bagaimana resepinya? Katanya mudah aje dan boleh buat sekelip mata. Katanya guna 1 gelas minyak masak, 3 biji telur, 1/2 atau 1 gelas gula, 1 gelas tepung kek, 1 gelas koko, 1 gelas milo, 1 gelas susu pekat dan kacau hingga sebati kemudian bakar dalam oven (180 degree) selama 30 minit. Masak topping dengan gunakan 1/2 gelas koko, 1/2 gelas susu pekat dan 1/2 gelas minyak masak dengan api pelahan dan kemudian siramkan di atas kek yang telah masak. Hias kek mengikut kreativiti masing-masing. Setelah menurunkan ilmunya dan balik dari Sabah, saya dengan penuh semangat mencuba resepi yang diberi...alhamdulillah menjadi pulak. Suka hati saya bukan kepalang.

al-Quran diturun sebagai penawar dan rahmat

Kita digalakkan membaca al-Quran, kitab suci yang mengandungi pelbagai pengetahuan dan hidayah yang sungguh bermakna. Semua ini bertujuan mengingatkan kita kepada Tuhan yang maha kuasa, dengan bertambahnya keimanan dan ketakwaan, seseorang itu lebih bersedia berdepan pelbagai cabaran.

Pedoman daripada al-Quran seperti ingatan kepada kita bahawa al-Quran diturun sebagai penawar dan rahmat bagi orang yang beriman (Al Israa: 82) dan seruan untuk kita mengingati Allah supaya hati menjadi tenteram (Ar Arad: 28) membuktikan amalan terbaik sudah ada pada umat Islam untuk mencapai keharmonian jasmani dan rohani, seterusnya mengekalkan tahap kesihatan terbaik.

Saturday, May 1, 2010

Doktor Nasihat Berhenti Makan Jamu


Minggu lepas baru dapat result pemeriksaan doktor...full checkup. Doktor kata everything ok dan cantik accept buah pinggang...ada kesan makan jamu katanya. Jadi kena jaga sikit dan berhenti makan jamu dan suplement yang seangkatan dengannya. Tapi kalau kena gaya dan cara jamu juga banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. Tengok aje nenek moyang kita dulu yang memang bergantung kepada perubatan tradisional termasuk jamu untuk menyihatkan tubuh badan mereka.