Allah Jadikan Setiap Sesuatu Itu Pasti Ada Hikmahnya

Monday, June 7, 2010

KHASIAT SURAH AL WAQIAH

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

DOA SELEPAS MEMBACA SURAH AL WAQIAH

Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami
dari langit sebagai keraian, iaitu bagi
orang-orang yang bersama kami, dan yang
hidup selepas kami, serta menjadi bukti
atas kesusahan-Mu. Berilah rezeki untuk kami,
kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.

Ya Allah. Sekiranya rezeki kami berada
di langit, maka turunkanlah ia. Jika ia
berada di bumi, keluarkanlah ia, dan jika
ia berada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami berada di tempat
yang jauh, dekatkanlah ia. Jika ia
sedikit, banyakkanlah ia. Dan jika caranya
sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah
ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut
kepada kami, dengan kemuliaan, kemurahan
dan kebaikan-Mu, dengan rahmat-Mu, wahai
Yang Maha Mengasihi antara yang pengasih.

CARA SYAITAN GODA MANUSIA



Iblis la’natullah ‘alaih menggoda manusia dengan berbagai macam cara. Ibnul Qoyyim al-Jauziyyah menyebutkan enam tahapan setan mengajak manusia. Tahap Pertama: mengajak manusia agar menjadi kafir atau musyrik. Jika mereka muslim, beralih ke tahap dua yakni manusia diajak mengamalkan bid’ah. Jika mereka ahli sunnah, beralih ke tahap tiga yakni manusia diajak melakukan dosa besar. Jika belum berhasil, beralih ke tahap empat yakni diajak mengerjakan dosa kecil. Jika belum berhasil, beralih ke tahap lima yakni manusia disibukkan dengan perkara yang mubah sehingga lalai amalan yang berpahala. Jika belum berhasil, beralih ke tahap enam yakni manusia disibukkan dengan amalan yang kurang utama agar meninggalkan amalan yang lebih utama, misalnya manusia disibukkan mengamalkan amalan sunnah daripada yang wajib.

Friday, June 4, 2010

Masak Palembang Lagi!


Asyik masak palembang aje....Satu minggu dua tiga kali masak palembang. Tak jemu ke? Itulah yang selalu ditanya oleh sang suami bila sang isteri tak jemu-jemu masak palembang..Tak taulah nak kata...tambah pulak anak-anak pun sukakan masak palembang..Yang membuatkan masak palembang ni tak menjemukan adalah ramuannya ...ayam boleh, daging pun boleh juga..guna daun kari (tapi tak rasa masak kari)..guna cili kering blend, santan dan kicap berserta bawang merah, bawang putih, halia, asam jawa, garam, gula secukup dan sesedap rasa. (tau takpe).

p/s: Jangan lupa minyak untuk menumis ramuan

Thursday, June 3, 2010

Kolesterol pada udang tidak merbahaya?

Udang kaya dengan khasiat Omega 3, vitamin B12 dan juga niacin, selain bahan galian seperti zink, zat besi dan juga tembaga.



Kolesterol yang dimaksudkan ialah kolesterol ‘baik’ (HDL) akan meningkat dalam darah berbanding kolesterol ‘tidak baik’ (LDL) lemak yang terkandung dalam udang adalah baik dan berguna untuk kolesterol. Kolesterol dalam darah yang terbahagi kepada dua, iaitu LDL dan HDL mempunyai fungsi memasing-masing.

LDL ataupun ‘kolesterol tidak baik’ selalunya akan menyumbang kepada proses saluran arteri (pembuluh jantung). Manakala kolesterol HDL pula HDL yang baik dipam ke paru-paru dapat mengurangkan tahap kandungan kolesterol dalam darah. Dalam erti kata lain, kolesterol dalam udang yang bersifat sebagai lemak itu sebenarnya tidak tepu berbanding lemak tepu yang terdapat pada daging dan telur. Ada pendapat mengatakan kolesterol yang terkandung pada udang agak sukar untuk diserap dalam darah, dan kajian ini masih buntu kerana mereka tidak ada alasan kukuh mengenainya.

Seleri pun boleh buat penawar kolestrol….


Inilah rupanya seleri atau dalam bahasa Inggeris dieja sebagai cellery (betul ke tu..). Potong-potong dan basuh bersih-bersih dahulu sebelum dimakan secara ulaman atau di masak untuk campuran sayur-sayuran atau sup. Sup seleri yang dicampur dengan lobak merah, lobak putih, brokoli, bunga kubis atau apa-apa yang disukai paling mudah disediakan. Dicampur dengan sedikit cendawan lagilah sedapnya. Jangan pulak campur dengan daging atau makanan laut. Tak bolehlah pulak nak jadikan ‘penawar’ kolestrol nanti. Kalau nak sedap lagi buatlah cream soup of cellery. Macam ‘mat saleh’ pulak. Walau apapun dan walau macamana pun penyediaannya, ikutlah kelapangan masa dan kemampuan diri. Kalau malas sangat nak buat sup ke apa ke..memadailah dengan ‘ngatah-ngatah’ aje.

Kalau tak nak dimasak, boleh juga dibuat jus sesaje. Jus karot campur ngan seleri pun boleh gak… campur ngan daun pudina pun sedap gak…berangin aje rasanye…

Nak Kurangkan Kolestrol Dalam Badan?

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal Hijau

Epal hijau boleh membantu mencegah:

  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.